Saturday, April 23, 2011

Wishlist . Wishlist.

Hey Dolls.
Hari tu berbual dengan Miss Sheyra tiba-tiba macamana terkeluar topik pasal kapal terbang. Stewardess and betapa untungnya mereka ni dapat bekerja sambil melancong. From 1 place to another.

So, we decided, to apply for the position after habis belajar nanti. Haha, NOT.

Memang tak lah kan kalau saya ni berjilbab nak jadi air hostess. Tapi kalau dari kecil, memang inilah cita-cita saya. Kalau dekat kad rekod sekolah rendah dulu, ada ruangan cita- cita . Saya mesti isi :

               1. Ustazah        2. Pramugari            3. Cikgu



Jadi sampai besar,masih saya simpan cita-cita itu. Tapi memandangkan masa kecil saya tak tahu sangat, so takpelah, cikgu tak marah, mak pun tak marah. Mereka hanya tergelak sebab pilihan pertama and kedua tu sangat bercanggah. Tak rasa ke?

Bila dah besar, saya ambil course International Business. Mungkin dengan harapan saya dapat bekerja dengan Multi-National Corporations. Salah satu pilihan yang saya akan apply adalah syarikat penerbangan. Saya suka sangat travel. Mungkin dilahirkan sebagai kaki jalan. Tapi saya tak sampai jauh lagi. Baru yang dekat.

Berbalik pada topik wishlist yang dah jauh lari, Sheyra sharing-sharing pasal latest Airbus yang ada kemudahan dan fasiliti yang sangat awesome. Cubalah awak google Airbus A380. Memang hebak belako.
Ada lounge. Ada katil. Ok, itu memang perkara biasa tapi airbus ni ada katil yang ada cubical sendiri which is why it became on of my wish in my wishlist.





Haruslah kalau ada duit lebih, travel macam gini kan. Untuk experience. 
Saya bertekad nak bekerja,supaya mampu membayar luxurious experience ini. 
Sekian, wishlist lain bersambung.

p/s: Singapore was the first asian country to have this airbus. Malaysia,kurang pasti. Eheh. 
p/ss: semua gambar adalah dari google images.

5 comments:

  1. ustazah! ehehe

    dulu2 masa kecik semua nak jadi cikgu, pramugari, polis, pastu tetiba ada sorg kawan kata nak jadi penoreh getah. ekekeke

    ReplyDelete
  2. walaweh, u made a post abt it. bravo bravo.

    ReplyDelete
  3. thanx lily! go together! :))))

    ReplyDelete