Sunday, May 22, 2011

Hot pretty chic vs rich guy

Ok,so aku tengah buat assignment, tapi ada hati nak tulis entri. Cuma tadi terfikir, so rasa macam nak kongsi.

Apakah pendapat korang,kalau nampak perempuan cantik hot sexay perfect skin bersama a not-so-hot but rich guy with a cool car?
Mesti orang akan cakap,perempuan tu mata duitan. Betul tak? sebab aku rasa dulu pun aku pernah terfikir macam gitu. Tak dapat dinafikan.

Tapi pandangan aku ter-berubah sebab tengok drama series tajuknye 'Lie to Me'. Drama series ni macam ala-ala CSI tapi seorang doktor hebat ni boleh baca reaksi muka and anggota badan orang untuk tahu kebenaran dan tangkap orang bersalah.

So,taknak cerita pepanjang pasal episode ni ,kena tengok sendiri, tapi dipendekkan, seorang lelaki kaya ni nak suruh siasat tentang girlfriend dia, whether sayang dia sebab duit or sebab dia betul-betul sayang.
Bila dah buat investigation, dari nada suara, pergerakan riak wajah perempuan tu bila ditanya tentang lelaki tu, doktor dapat simpulkan bahawa si gf menipu bila bercakap tentang sebahagian kejujuran cinta dengan bf dia.

Sebaik je doktor/penyiasat beritahu kat laki tu yang gf dia bercinta sebahagiannya sebab nak duit, laki tu terus marah dan nak putuskan relationship, walaupun dia sayang pada gf dia.

Tapi penyiasat tu pesan,
Kalau perempuan tu cinta kamu sebab asset kamu miliki, bukankah kau pun cinta perempuan itu sebab asset yang dia miliki juga ?

So, lepas aku tengok episode cerita tu, aku kadang2 fikir, wajarlah seorang lelaki kaya berduit cinta dengan perempuan cantik hot glamourous, kerana masing2 memiliki asset tersendiri. Jadi janganlah nak cakap perempuan cantik itu mata duitan melainkan kalau mintak kereta Lamborghini sebijik tapi membalas cinta 10% je. Itu sah-sah mata duitan.

Kalau korang tak setuju dengan pandangan aku, sila beri pendapat secara sopan. Or you can keep it to yourself. Thank you for reading :)

4 comments: